Kerana kesilapan masa lalunya, Rozita Che Wan atau Che Ta kini dalam bahaya!

Che Ta perlu bertindak pantas dan menyelamatkan dirinya dan keluarga dari diancam oleh Sham Visa.

Eh, betul ke ni? Ha, jangan salah sangka, perkara terbabit hanyalah sinopsis ringkas untuk episod akhir Family Spy yang bakal bersiaran pada 29 April ini!

Dalam episod akhir itu, Daniel (lakonan Alif Satar) mengesyaki ibunya, Ejen Roz (Che Ta) menyembunyikan sesuatu.

Ejen Roz pula menyelinap masuk pengkalan operasi Gagak Putih (Sham Visa) dan telah diserang!

Ejen Roz berdepan dengan kesilapan masa silamnya sebagai seorang ibu, isteri dan ejen perisik yang kini kembali untuk memusnahkan keluarganya.

Apakah yang bakal terjadi kepada Ejen Roz?



Family Spy merupakan sebuah siri aksi komedi tentang seorang opah yang pernah menjadi perisik diluar pengetahuan keluarganya.

Kini, dia terpaksa menggunakan skil risikannya untuk menyelamatkan cucunya yang diculik oleh musuh yang tidak disangka!

Jangan lupa saksikan episod akhir Family Spy pada Rabu, 29 April ini hanya di Astro Ceria, Astro Ria dan Astro GO!