Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Che Ta Dedah Berat Badan Pernah Naik Hampir 100 Kilogram

Syafiqah Jalal 26/01/2017 | 12:39 MYT
Che Ta Dedah Berat Badan Pernah Naik Hampir 100 Kilogram
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui berat badannya pernah naik hampir 100 kilogram (kg) ketika hamil anak pertamanya Ammar Affendy
Che Ta kata dia bernasib baik kerana berat badannya itu dapat diturunkan sehingga 50 kg sebaik sahaja bersalin.
"Berat badan saya akan naik mendadak setiap kali hamil tetapi paling berat adalah ketika mengandungkan Ammar.
"Sebelum hamil ketika itu berat saya adalah 45 kg tetapi sebelum bersalin berat saya cecah hampir 100 kg.
"Begitu juga ketika hamilkan Aniq dan Aaisyah namun saya bernasib baik dapat menurunkannya selepas bersalin," katanya di dalam program realiti The House.
Pun begitu, Che Ta memberitahu untuk menurunkan berat badannya selepas hamil dia perlu mengurangkan pengambilan makanannya.
"Kalau nak kurus ni kena lah rajin. Bagi saya senang sahaja, nak kurus perlu kurangkan makan. Kalau sebelum ni kita makan lima kali sehari kurangkanlah kepada tiga.
"Saya memang perlu jaga makan kerana nak kekalkan tubuh badan yang cantik," katanya lagi.
The House telah mula ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu sejak 18 Januari lalu.
Namun ia telah menemui penonton dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30malam bermula 25 Januari 2017.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #The House #Che Ta #Rozita Che Wan #Pelakon
;