Che Ta Didakwa Sindir Ezuwan Ismail, Peminat Tuduh Gimik Murahan Nak Promosi Lagu

Asraf Aided
Februari 12, 2019 08:41 MYT
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta telah memuat naik sebuah kenyataan berbaur sindiran kepada seorang pereka fesyen tempatan di ruangan Instagram (IG) Storynya semalam.
Ekoran perkara itu, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menulis kenyataan yang didakwa oleh ramai netizen mempunya kaitan dengan sindiran Che Ta itu.
BACA : "Tak Payah Menyanyi Lah...Macam Tercekik Sudu" - Che Ta Sindir Siapa Tu?
"Indahkan hidup ini kalau tak ada sikap judgemental, semua orang berhak besuara kata itu ini, kalau cakap bab makan pun kita ada pilihan.
"Nak makan pun jangan gelojoh, jangan sampai tercekik pula dengan sudu," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa isu tersebut merupakan gimik antara Ezuwan dan Che Ta.
#Che Ta #Ezuwan Ismail