Hiburan
Che Ta Rugi RM300,000, Hilang Beg Tangan, Kasut Berjenama
Pelakon Rozita Che Wan kerugian hampir RM300,000 selepas keretanya dicuri pada Selasa.
Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta itu turut kehilangan dua beg tangan berjenama Christian Dior dan Chanel termasuk tiga pasang kasut berjenama.
Selain itu, beberapa dokumen penting turut dibawa bersama kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ 93.
Sementara itu Berita Harian Online melaporkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam empat pagi Selasa dan siasatan mendapati dua lelaki yang melarikan kenderaan tersebut telah merempuh palang kawalan keselamatan di laluan utama kondominum Arcadia, Subang Jaya untuk meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan itu dan rakannya duduk di tempat duduk duduk penumpang hadapan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Must-Watch Video