Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Che Ta Tak Kisah Menantu Tinggal Bersama Lepas Kahwin, Siap Tawarkan Pembantu Rumah - "Menantu Happy, Saya Senang Hati"

Firdaus
08/08/2024 07:58 MYT
Mempunyai sifat memahami, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 53, sedia menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya selepas berkahwin dengan anak sulungnya.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi sejak kecil ketiga-tiga anaknya termasuk Ammar Effendy yang kini berusia 28 tahun kurang tahu melakukan urusan rumah kerana hanya diminta untuk fokus terhadap pelajaran.

"Buang sampah pun dia geli...

“Kalau dah kahwin nanti saya tak yakin dia boleh tolong isterinya mengemas ataupun buat kerja di dapur sebab buang sampah pun dia geli. Jadi nak ringankan beban menantu saya tak kisah ambil pembantu rumah untuk mereka.

“Saya pun sejak kahwin dulu Zain (suami) ambil pembantu rumah untuk tolong saya. Tiada masalah pun, janji menantu ‘happy’, saya pun senang hati,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tak Kisah Menantu Tinggal Bersama

Sementara itu, pelakon Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Merdeka Astro yang berlangsung di Pavilion Damansara, berbesar hati sekiranya bakal menantu mahu tinggal bersama selepas kahwin.

“Saya tak kisah kalau mereka nak tinggal asing tapi duduk di rumah saya untuk permulaan membina kehidupan baru pun saya tak kisah walaupun ada orang cakap jangan duduk dengan mentua.

“Di rumah saya sekarang tak sampai 10 orang termasuk mak mentua. Kalau mereka mahu tinggal sekali, alhamdulillah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Che Ta Dedah Bakal Hantar Rombongan Merisik Untuk Anak, Gembira Bakal Menantu Berhijab

BERITA TRENDING: "Selalunya Orang Paling Rapat Akan Rampas Hak Kita, Suami Kita... Pesan Saya Hati-Hatilah" - Che Ta

BERITA TRENDING: "Wanita Tak Boleh Hidup Terlalu Bergantung Dengan Lelaki" - Che Ta

BERITA TRENDING: "Saya Dilahirkan Bukan Anak Orang Senang, Bila Kerja Pramugari Barulah ..." - Che Ta

Sekadar info, Che Ta sebelum ini mendedahkan bakal menghantar rombongan merisik calon menantu untuk putera sulungnya, Ammar Effendy minggu hadapan.

Che Ta juga menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang baik, berpendidikan serta mementingkan agama.

Bagaimanapun, majlis pertunangan mahupun tarikh pernikahan yang dijangka dilangsungkan tahun depan hanya dibincangkan pada acara merisik.

Selain Ammar Che Ta, turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Aniq Ezzra, 24, selain anak tunggal perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 10.

#Kahwin #Rozita Che Wan #Selebriti #hiburan