Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Che Ta Tunda Percutian Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kerana Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19

Fiza Kamarudin 15/12/2021 | 04:53 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan terpaksa menunda percutian ke sebuah pulau pesendirian di Langkawi kerana suami dan anak positif Covid-19, bulan lalu.
Che Ta berkata Zain Saidin mula diserang virus berkenaan sebelum menjangkiti anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
"Sepatutnya kami menikmati percutian bersama dan pulang sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.
“Kalau ikut perancangan kami akan berada di sana selama seminggu bersama jurugambar, tapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT jua yang menentukan.
“Sebelum disahkan positif, suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
"Tapi Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya," katanya.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Tambah Che Ta lagi, disebabkan itu Zain juga terpaksa menolak tawaran berlakon yang dijadualkan pada bulan ini.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.
"Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang.
“Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.
"Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi... jadi juga," kata Che Ta memberitahu ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19 beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan ulang tahun perkahwinannya tahun ini, Che Ta berkata majlis diraikan secara sederhana dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.
Bagaimanapun kata Che Ta, dia tetap memilih untuk meraikannya dengan ‘bersanding semula’ seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Pejam... celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.
“Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh 'manja' dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Bercakap tentang sambutan ulang tahun perkahwinan saya dan Zain, kami mula meraikannya dengan konsep ‘bersanding lagi’ ni sejak 2019. Cuma pada tahun ini majlis memang sederhana kerana pandemik.
“Tapi saya tetap nak rasa mood jadi pengantin dan pakai gaun putih dan sempat juga melaram dengan baju songket warna maroon rekaan Man Kajang,” katanya teruja.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.
#Aaisyah Dhia Rana #Che Ta #Zain Saidin #COVID-19
;