Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

Asyikin Mayudin
03/09/2024 04:55 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou membawa pulang pingan emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Diberi penghargaan sama rata

Pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya turut mengucapkan tahniah selain berharap Liek Hou juga diberikan penghargaan yang sama rata.

“Congrats Malaysia menang emas kat Paralimik Paris 2024. Congrats Liek Hou! Cuma satu saja la nak pesan, pastikan diorang ini pun dapat habuan sama rata la.

“Jangan la anak tirikan diorang. A gold in a Olympic is still a gold medal,” kongsi Michael Ang.

Kerja keras

Pada perkongsian yang sama, Michael Ang berkata atlet para negara juga bekerja keras untuk berada di tempat mereka sekarang dan turut berjuang untuk membanggakan Malaysia.

“Diorang pun sweet blood and tears to be where they are dan banggakan Malaysia!” ujarnya.

Rata-rata netizen di ruang komen turut bersetuju dengan pendapat pengarah itu dan berharap pasukan atlet para negara juga diberikan perhatian sepenuhnya.

“Betul! Pendapat aku, kementerian better lebih fokuskan kepada team para dari semua segi, contoh coaching, kemudahan dan dana kerana peluang untuk dapat gold tu lebih cerah!

“Ya betul… setuju sangat-sangat. Ni bukan pertama kali pasukan paralimpik Malaysia bawa pulang emas. Di Paralimpik Tokyo 2020, team paralimpik Malaysia bawa pulang tiga emas. Well done pasukan Paralimpik Malaysia.

“Betul… cuma tak berani nak promise untuk paralympic sebab high probability they can achieve if compared dengan olympic,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen memberitahu atlet para negara juga sebelum ini diberikan habuan yang sama iaitu RM1 juta ketika Olimpik 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

ARTIKEL BERKAITAN; Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Terus Catat Kemenangan

Jangan lupa saksikan filem Gold yang kini ditayangkan di Astro First!
#Michael Ang #Cheah Liek Hou #Liek Hou #Paralimpik Paris 2024 #Jaguh Badminton #Para Atlet negara