Chef Anis Nabilah Kongsi Tips Diet Di Bulan Ramadan
Ahmad Shah
30/06/2016 00:00 MYT
30/06/2016 00:00 MYT
Ramai beranggapan bulan Ramadan merupakan masa paling sesuai untuk menurunkan berat badan.
Namun, sejauh manakah kebenarannya? Adakah ia fakta atau sekadar mitos?
Bagi mendapatkan jawapannya, Chef selebriti popular, Anis Nabilah ada jawapannya.
Anis yang juga chef program masakan 'Eat Clean With Anis' turut berkongsi tips berguna untuk menurunkan berat badan secara sihat pada bulan Ramadan.
Menerusi video khas Suudu, Anis berkongsi jenis-jenis makanan yang memberikan tenaga sepanjang Ramadan dalam masa sama, rendah kalori.
Bukan sahaja menyihatkan tetapi anda boleh menikmati juadah yang lazat seperti ayam percik dan rendang serta tidak perlu bimbang tentang penambahan berat badan.
Saksikan video penuh Anis berkongsi resepi-resepi mudah dan enak serta untuk menjaga tubuh badan supaya kekal sihat:
Teks oleh Syafiqah Jalal