Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta
Maliah Surip
16/10/2024 07:50 MYT
16/10/2024 07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
Fakta kes menyebut mangsa pada awalnya bercadang membuka restoran rangkaian milik Chef Aoi yang terkenal menjual mi, lapor Bangkok Post.
Selepas berkenalan, mereka menjadi lebih akrab dan memberitahu wanita dengan nama sebenar Yuwadee Chaisiripanich, dia memiliki emas dan berlian bernilai sekitar RM2.5 juta dan ingin diguna atau dileburkan bagi membantunya mengembangkan perniagaan rangkaian daripada restoran mi Chef Aoi.
Chef Aoi kemudian menawarkan diri untuk membantunya menjual barangan kemas tersebut dan mangsa percaya kerana melihat wanita itu pernah muncul di dua program masakan selain sangat terkenal di Thailand.
Pihak berkuasa juga mendedahkan Chef Aoi sudah mengaku perbuatannya.
Dia malah telah memberi sekitar RM65,000 kepada mangsa dengan duitnya sendiri. Namun dia menegaskan tidak menipu mangsa sebaliknya berdepan masalah kewangan dan berusaha keras membayar semua duit mangsa.
BERITA TRENDING: Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, wanita yang dikenali sebagai Chef Aoi, 54, telah menipu dalam urus niaga penjualan emas dan berlian bernilai RM2.5 juta selepas mangsa yang identitinya dirahsianya membuat laporan polis.Fakta kes menyebut mangsa pada awalnya bercadang membuka restoran rangkaian milik Chef Aoi yang terkenal menjual mi, lapor Bangkok Post.
Selepas berkenalan, mereka menjadi lebih akrab dan memberitahu wanita dengan nama sebenar Yuwadee Chaisiripanich, dia memiliki emas dan berlian bernilai sekitar RM2.5 juta dan ingin diguna atau dileburkan bagi membantunya mengembangkan perniagaan rangkaian daripada restoran mi Chef Aoi.
Chef Aoi kemudian menawarkan diri untuk membantunya menjual barangan kemas tersebut dan mangsa percaya kerana melihat wanita itu pernah muncul di dua program masakan selain sangat terkenal di Thailand.
BERITA TRENDING: PA Founder Songlap RM400K, Kantoi Buat Kerja Kotor Lepas Minta Cerai…
Bagaimanapun beberapa bulan selepas itu, mangsa mendapati Chef Aoi menggunakan pulangan daripada jualan barangan kemasnya untuk mengembangkan perniagaannya sendiri.Pihak berkuasa juga mendedahkan Chef Aoi sudah mengaku perbuatannya.
BERITA TRENDING: Mengaku Diri 'Dewa', Songlap Duit RM47 Juta, Paksa Pengikut Makan Najis & Cabut Gigi, Pemimpin Ajaran Sesat Dihukum Penjara 10.5 Tahun!
Kepada pihak berkuasa wanita itu mendakwa telah menjual barangan kemas tersebut kepada seorang penerbit TV namun belum memperoleh duit.Dia malah telah memberi sekitar RM65,000 kepada mangsa dengan duitnya sendiri. Namun dia menegaskan tidak menipu mangsa sebaliknya berdepan masalah kewangan dan berusaha keras membayar semua duit mangsa.