Laman Utama

Chef Wan Hidap Kanser Limfoma… “Allah Akan Jaga Saya”

gempak
Izwan Isa
03/08/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Chef Wan Hidap Kanser Limfoma… “Allah Akan Jaga Saya”
Chef selebriti, pengacara dan pelakon, Chef Wan memaklumkan yang dirinya kini menghidap kanser limfoma.
Perkhabaran duka itu dikongsi menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagramnya semalam.
“Saya baru sahaja melakukan ujian ECG dan doktor memberitahu tentang biopsi nodus limfa. Mereka melakukan ujian dua kali untuk benar-benar memastikan keputusan. Saya menghidap kanser limfoma.
“Untuk peringkat ini, peluang sembuh ialah 70 hingga 80 peratus. Isnin pagi saya akan jalani ujian tulang sumsum kerana kanser ini juga ada kaitan dengan bahagian berkenaan. Doktor kata saya akan mula hilang rambut,” katanya.
Chef Wan turut menambah, dia menerima segala dugaan dan ujian dengan hati terbuka dan rasa positif.
“Anak dan menantu saya menangis apabila mendengar berita ini. Saya kata jangan menangis sebab saya akan ok. Saya tak akan pergi lagi. Saya perlu kuat dan sembuh sebab saya juga perlu menjaga banyak orang. Insya-Allah, Allah akan menjaga saya.
“Lebih baik dapat tahu awal sebelum terlambat. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” tutupnya.
BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu –“Duit Boleh Dicari, Ibu Segalanya…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024