Chef Wan Pernah Tolak Gelaran Datuk Daripada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Beberapa Kali

Fiza Kamarudin
Mei 23, 2019 13:15 MYT
Datuk Chef Wan pada awal pagi tadi (Khamis) telah memuat naik kenangannya bersama Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Posting tersebut dimuat naik Datuk Chef Wan atau Chef Wan sebelum bertolak ke Pekan, Pahang untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Sultan Pahang.
“Selamat pagi, bertolak ke Pekan hari ini untuk majlis pengkebumian Almarhum Sultan Pahang.
“Bila melihat gambar ini di ruang tamu saya, teringat Tuanku memujuk saya untuk menerima anugerah ini (anugerah membawa gelaran Datuk).
“Tuanku kata kepada saya, “You always make me laughed watching u on TV. You are such an entertainer and make so many people happy. It’s a gift that not many people have. Kamu dengan bakat memasak boleh pusing satu dunia.
“I thought each time i see u on TV and i told Sultanah Kalsom that this Chef Wan really bring Malaysian name to the world. Seronok melihat kamu berkongsi ilmu memasak dan budaya negara asing and you inspired others to travel and be a chef like you too,” tulisnya.
Kongsinya lagi, selain itu Almarhum Sultan turut memujuknya untuk menerima gelaran Datuk selepas beberapa kali menolaknya.
“I know you have turned down my Datoship several time. Please this time take it ya. I am proud to know that you come from Raub and as orang Pahang u make me very proud Chef Wan.
“Let me honour u this time as jika tidak there might be another time. Saya ini sudah berumur dan saya nak awak dikurniakan Dato Pahang. At least while i am a live i can this moment.
I know u have been honored from the Federal Government with a Datukship but this time is from me for all your jasa-jasa Chef Wan. Ada rezeki di lain masa saya kurnia kan awak Dato Seri pula.
“So please take ya this time,” katanya.
Perkongsian dalam bentuk video tersebut telah ditonton lebih 100 kali dan menerima ratusan komen daripada pengikut.
Rata-ratanya bersetuju dengan Almarhum Sultan Ahmad Shah yang berpendapat Chef Wan sememangnya layak mendapat gelaran Datuk daripada negeri Pahang.
Mereka turut berbangga dengan pencapaian Chef Wan yang telah membawa nama negara ke serata dunia.
;
#Datuk Chef Wan #Pahang #Sultan Mangkat