Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Chez Hamdan, Erna Elliyana Buka Pusat Sehenti Kecantikan, Kesihatan Rambut - "ChezKamya Professional Bukan Salun Biasa-Biasa ..."

Amri Hassan
11/09/2022 02:00 MYT
Pernah menutup salun miliknya, pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan tidak menyangka pertemuan usahawan dan artis, Erna Elliyana Rosli kembali membakar semangat untuk meneruskan kecintaannya yang terbantut dek situasi pandemik COVID-19.

Lalu, wujudlah perkongsian pintar atau 'smart partnership' di antara dua usahawan bumiputera berkenaan menerusi kehadiran salun pelbagai tarikan dipanggil ChezKamya Professional di Lot A- 1-11, Sentul Point, Jalan Sentul Pasar.

Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut.

Manakala Erna, 34, pula merupakan angkatan artis cilik era 1990-an yang semakin dikenali dengan kepelbagaian produk makanan tambahan untuk kecantikan, Kamya Glow.

"Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. Insya-Allah.

"Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut.

"Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami," kata Chez.

ChezKamya Professional juga untuk wanita bertudung

Salun berkenaan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Ogos lalu manakala pelancaran salun itu bertemakan 'Retro' dikendalikan Ikhwan Rosli berlangsung meriah 9 September lalu.

Dengan keluasan 3,600 kaki persegi, salun ini menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk.



"11 di tempat awam atau terbuka. Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung.

"Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan.

"Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat,"kata Chez.

Pentingkan kecantikan dan kesihatan rambut

Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak.

"Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri.

"Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat.

"ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya," kata Chez.

Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada Chez seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi.

ChezKamya Professional pusat sehenti rambut

Bukan sekadar sebuah salun rambut biasa, salun ini merupakan sebuah pusat sehenti yang turut menitikberatkan kecantikan dan kesihatan rambut baik dari segi produk mahupun perkhidmatan yang disediakan.

Menurut Erna, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut.
Vitamin kunyah dari Kamya.

"Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.

"Produk lain yang boleh didapati di salun ini ialah Kamya Glow, Lipmatte + Lipgloss (KamyaXBobocinta), Lipbalm Woman, Lipbalm Men, Cleaskyn dan Whiteze.

"Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu," kata Erna yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan.



Tambah Erna lagi, di salun itu ditawarkan pelbagai perkhidmatan.

"Selain perkhidmatan potong rambut, turut ditawarkan tatarias rambut, 'relaxing and rebonding', rawatan Keratin Brazilian, merawat dan memperbaiki struktur rambut, spa rambut dan macam-macam lagi.

"Pelanggan digalakkan untuk terlebih dahulu membuat janji temu dengan pihak ChezKamya Professional dengan menghubungi 03-48104833 bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan di sini. Atau maklumat lanjut di Instagram @Chezkamya.professional.

"Harga yang ditawarkan di ialah antara RM350 hingga RM700. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi ke 9 malam," kata Erna.

#Rambut #Salun #Kerjasama #Chez Hamdan #Kamya Glow #ChezKamya Professional #Erna Elliyana Rosli #Pusat Sehenti #Setapak #Smart Partnership
;