Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Chill...Ketahui Beza 'Lockdown' Dengan Perintah Kawalan Pergerakan

Fiza Kamarudin
17/03/2020 12:20 MYT
Sejak petang semalam orang ramai sudah mulai panik apabila tular mengenai kerajaan kononnya mengumumkan Perintah Berkurung atau LOCKDOWN.

Pemerhatian Gempak mendapati masih ramai warganet keliru dengan Perintah Berkurung dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Baiklah, sebelum panik tidak tentu fasal jom fahami apa itu Perintah Berkurung atau LOCKDOWN dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini:

Perintah Berkurung;
-Atau LOCKDOWN bermaksud larangan keluar masuk ke sesuatu bangunan atau kawasan secara bebas atas sebab kecemasan.
-apabila perintah berkurung dijalankan semua orang tidak dibenarkan untuk keluar rumah mahupun keluar untuk membeli makanan.
-dalam erti kata lain ia darurat akan diumumkan dan ketika itu nak keluar rumah pun perlu mengikut masa ditetapkan atau kalau kritikal terpaksa diiringi pasukan keselamatan!

Perintah Kawalan Pergerakan
-tak sama macam perintah berkurung kerana ketika perintah kawalan pergerakan dijalankan cuma pergerakan dibataskan seperti aktiviti keluar masuk negara, perhimpunan besar dan sebagainya.
-atau dalam bahasa mudahnya ialah, hanya sebagai langkah untuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan menurunkan jumlah kes untuk merendahkan lengkung (jangkitan) wabak COVID-19.
-kita masih boleh keluar rumah tetapi dihadkan pergerakan untuk urusan yang betul-betul penting sahaja seperti keluar bekerja atau pergi ke bank.

Bagaimanapun, kalau ada mana-mana pihak yang melanggar perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac ini, mereka akan dikenakan tindakan. Antaranya:

Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan pertama di bawah akta ini, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Kesalahan kedua, boleh dipenjara tidak melebihi lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berterusan, didenda tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan berterusan.

Kompaun kesalahan: Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam diberi kuasa secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah akta ini dengan mendapatkan daripada pesalah itu sejumlah wang yang tidak melebihi RM1000.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak mudah melatah dengan berita tular, terutama yang tidak diketahui sumbernya.

Jadi, tak perlu panic buying...Belilah barang keperluan harian seperti biasa dan mencukupi untuk ahli keluarga ya...Jangan berlebih-lebihan pula takut nanti jadi pembaziran!

Buat masa sekarang, adalah lebih baik mematuhi apa yang telah diumumkan Perdana Menteri dan amalkan pencegahan sendiri di rumah.

Stay safe everyone!
#COVID-19 #Lockdown #Perintah Kawalan Pergerakan
;