Chiu Keng Guan Kongsi Pengalaman, Babak Larian Maraton On Your Mark Memerlukan 9,000 Pelakon Tambahan!
Azwa Rahman
27/08/2021 08:41 MYT
27/08/2021 08:41 MYT
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia mulai 26 Ogos ini.
Diarahkan oleh pengarah hebat Malaysia Chiu Keng Guan, filem On Your Mark diadaptasi daripada kisah benar salah satu sukan popular di China iaitu larian maraton.
Menurut Chiu, menjayakan babak salah satu pertandingan maraton yang terkenal di China itu memberikan pengalaman yang cukup menarik.
“Kami menghabiskan lapan hari untuk menjayakan babak larian maraton. Kami nak setup sahaja mengambil masa empat hari mengambil kira wardrobe, solekan dan menyediakan pelakon extra seramai 9,000 orang. Ia agak sukar.
“Sekali kami shoot, kami guna 2,000 orang dan kami panggil call time seawal 3 pagi untuk kita tutup jalan dan mahu ia menjadi seperti pertandingan maraton yang sebenar.
“Ia pengalaman yang cukup unik pada saya sebagai pengarah. Takut jugak sebenarnya sebab melihatkan ramai orang dan kita kena kawal semua. Ia banyak mengajar saya tentang maraton sebab saya tak pernah ambil tahu tentang sukan ni,” ujarnya lagi sewaktu majlis pelancaran filem On Your Mark secara maya.
On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.