LAMAN UTAMA

Choco Chip Cookies | Episod 20 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Muhammad Ridhwan Roslan 20/03/2025 | 10:00 MYT

Jom ‘check it out’ resepi Choco Chip Cookies:

Resepi - Choco Chip Cookies

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega sejuk lembut
  • 1 cawan gula perang
  • ½ sudu besar garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu besar susu penuh krim Goodday
  • 2 ½ cawan tepung
  • ½ cawan tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 300 gram cip coklat
Cara Membuat Chocolate Chip Cookies:
  1. Pukul Mentega & Gula – Pukul mentega, gula perang & kastor hingga berkrim. Masukkan telur & vanila.
  2. Campur Bahan Kering – Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat & garam, kemudian gaul ke dalam adunan.
  3. Tambah Coklat Cip – Masukkan coklat cip & kacang (jika mahu), gaul rata.
  4. Bentuk & Sejukkan – Bentuk doh, letak atas dulang & sejukkan 15-30 minit.
  5. Bakar – 170°C selama 12-15 minit hingga keemasan.
  6. Sejukkan & Nikmati – Biarkan sejuk sebelum dihidang. Sedap dengan susu atau kopi!
#Ramadan #Dapur Goodday #Indahnya Lain Macam