Laman Utama

Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay

gempak
Maliah Surip
16/11/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay
Chris Martin bersama kumpulannya, Coldplay menerusi rangka jelajah konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour sudah singgah di beberapa negara Asia.

BERITA TRENDING: "Malaysia Nak Buat Konsert Pun Banyak Halangan"- Syed Saddiq Anggap Singapura Bijak Bagi Coldplay...

Ini termasuklah Jepun, Taiwan dan terkini, Indonesia. Coldplay sukses membuat konsert sulungnya di Indonesia tepatnya di Jakarta pada 15 November 2023.
Ada momen dalam kemunculan Coldplay di republik tersebut yang kini menjadi viral.
Ia adalah apabila vokalis tersebut berpantun menggunakan bahasa Indonesia.
“Hari Selasa ujian fisik, giat belajar biar lulus. Apa kabar, Kota Jakarta, boleh dong pinjam seratus," ujar Chris Martin pada konsert yang berlangsung Rabu.
Namun apa yang menarik pada akhir pantunnya adalah beliau menggunakan trend yang cukup popular dalam kalangan pemilik media sosial Tik Tok terutama di Malaysia dengan mengatakan: ‘boleh dong pinjam seratus’.
Mengikut trend di Malaysia, ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ diambil daripada lirik lagu milik sifu Datuk M. Nasir iaitu Nur Nilam Sari.
Ia kemudian menjadi viral di aplikasi Tik Tok dengan ada dalam kalangan selebriti dengan berani ‘meminjam’ RM100 termasuk daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Coldplay akan mengadakan konsert dalam jelajah yang sama di Malaysia pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PILIHAN PEMBACA: Ramai Pertikai Kenapa Bunga Jadi Opening Act Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur? Ini Jawapan Tuan...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live