Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Christian Bale Dalam Filem Thor, Klip Eksklusif Loki & Banyak Lagi... Marvel Buat Ramai Peminat Tak Senang Duduk!

Hanafis Haris
11/12/2020 12:15 MYT
Marvel Studios hari ini telah membuatkan ramai peminatnya menjadi tidak keruan apabila berkongsi beberapa pengumuman menarik menerusi Instagram.

Antara yang menjadi perhatian adalah klip eksklusif Wanda & Vision dan Loki yang akan bersiaran di laman streaming Disney+ tidak lama lagi.

Tidak cukup dengan itu Marvel buat pertama kalinya turut mendedahkan trailer Falcon And The Winter Soldier.

Sehingga kini ketiga-tiga trailer itu sudah ditonton hampir 2 juta kali oleh peminat Marvel.

Selain trailer tersebut, Marvel turut memberi sedikit sedutan mengenai siri animasi mereka iaitu What If...?

Untuk drama siri lain juga, Marvel buat pertama kalinya turut mengumumkan Armor Wars yang memfokuskan sahabat Iron Man iaitu War Machine.

Watak I Am Groot juga telah diangkat menjadi drama siri tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Marvel juga mengesahkan pelakon Christian Bale akan membintangi filem Thor yang keempat iaitu Thor : Love and Thunder.

Filem ini dijangka memasuki pawagam pada 2022 disamping Captain Marvel 2.

Buat filem Shang-Chi pula Marvel menyatakan ia akan muncul pada penghujung 2021.

Pelakon kebanggaan Malaysia Tan Sri Michelle Yoeh antara yang disahkan membintangi filem berkenaan.

#Marvel #Avengers #Loki