Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Christine Hakim Orang Islam: “Tapi Ramai Ingat Saya Kristian Kerana Nama”

Maliah Surip
22/09/2023 14:45 MYT
Aktres berprofil tinggi Indonesia, Christine Hakim baru-baru ini berbincang mengenai bagaimana banyak orang salah faham mengenai pegangan agamanya.

Christine Hakim atau nama sebenarnya Herlina Christine Natalia Hakim kini berusia 66 tahun. Dan tidak sekali dua khalayak menyangka dia seorang penganut Kristian.

Ironi jelas aktres yang pernah bermain filem dengan pesohor Hollywood, Julia Roberts dalam karya Eat Pray Love tersebut dirinya Islam sejak lahir.

“Saya sedar ada banyak gosip mengatakan Christine Hakim penganut Kristian. Itu semua kerana nama (salah sangka).

“Saya memang Islam sejak kecil, dari dulu saya Muslim,” jelas Christine sewaktu menjadi tetamu dalam YouTube Denny Sumargo seperti dilaporkan Insertlive.com

Christine kemudian menceritakan bagaimana dia mendapat nama Christine.

Ujarnya, nama tersebut diambil sebagai penghormatan kepada doktor yang menyambut kelahirannya, Christine. Selain itu, secara kebetulan dia lahir pada sambutan Hari Krismas.

“Pertama nama ini (Christine) adalah penghormatan buat doktor dari Jerman yang menyambut kelahiran saya pada waktu itu. Tapi dari ibu bapa juga sudah dipilih nama Natalia.

“Jadi digabung Christine Natalia sebagai penghormatan buat doktornya.

“Dan ia juga sempena tanggal kelahiraan saya iaitu pada hari Krismas iaitu 25 Disember,” jelas Christine.

#Viral #Indonesia #Islam #Cristine Hakim
;