VIRAL
Christy Ng Tebalkan Muka Demi Content, Tak Tolak Peluang Berlakon - "Ini Diri Saya Sebenar"
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Christy Ng mengakui tidak kisah menebalkan muka demi menghasilkan kandungan kreatif bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Boys.
Christy berkata, meskipun pada awalnya berasa kekok, lama-kelamaan dia menyedari bahawa keyakinan adalah kunci utama untuk menarik perhatian penonton.
“Saya terpaksa tebalkan muka macam dinding, buat sahaja dan fikirkan kesannya kemudian. Kalau malu, tak akan dapat tarik perhatian.
"Jadi diri sendiri sahaja dan orang ramai pun sukakan perkara yang kelakar. Kami mahu orang seronok tengok kandungan kami, sambil menyampaikan mesej positif,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi tentang perancangan masa hadapan, Christy tidak menolak kemungkinan untuk mencuba bidang lakonan secara serius jika diberi peluang.
Baginya, pengalaman serta sambutan yang diterima di media sosial ketika ini memberi keyakinan bahawa dia dan pasukannya mampu memberi impak positif kepada industri hiburan.
“Saya harap ada rezeki satu hari nanti untuk berlakon dalam sesebuah karya, tak kira drama mahupun filem. Perasaan teringin itu memang ada, dan saya percaya pasukan kami boleh beri sumbangan pada industri sebab kandungan kami pun mendapat sambutan yang baik,” ujarnya.
Christy turut mendedahkan bahawa kandungan bersahaja yang dimuat naik bersama pekerjanya mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.
Nama The Bengap Boys sendiri muncul secara spontan hasil parodi mereka terhadap filem popular Blood Brothers.
“Saya dan pasukan buat content main hentam sahaja, tak sangka pula boleh jadi viral. Pekerja saya digelar The Bengap Boys sebab parodi kami tentang filem Blood Brothers.
"Nama itu pun netizen yang bagi, siap kata mereka ada rupa eksotik! Selepas ini saya rancang nak perkenalkan Bengap Sisters pula,” katanya berseloroh.
Sementara itu, Christy jenama kasut dan beg wanita meraikan pembukaan semula butik flagship MyTOWN Shopping Centre dengan wajah baharu yang diinspirasikan daripada konsep dalaman 'Cave of Curiosities', menampilkan rekaan anggun minimalis, persembahan produk eksklusif dan pengalaman beli-belah interaktif.
Pembukaan semula ini melambangkan evolusi berterusan jenama yang kini melangkah lebih jauh selepas kejayaan membuka butik flagship di Jakarta pada Februari 2025, menuju pelancaran cawangan baharu di Manila pada Oktober.
Must-Watch Video