Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali dengan nama Cik B meluahkan perasaan tentang ibunya yang sudah beberapa kali berkahwin.

Luahan tersebut boleh ditonton secara ekslusif dalam program Gempak TV yang bersiaran malam ini bermula jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Pengakuan tersebut menyebabkan DSV tergamam kerana dia tidak menyangka Cik B akan menyentuh tentang perkara tersebut.

Selain pendedahan berani Cik B, pelakon Fimie Don juga meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dituduh menjadi penyanyi rap kerana jobless!

Bagaimanapun pelakon filem Magika ini menganggap tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.
Selain itu Fimie turut memperdengarkan single ‘Jangan Panggil’ bersama Raja Syahiran secara akustik diiringi Caca Merba Band.

Apa lagi yang menarik dalam Gempak TV malam ini? Ini dia:

Segmen ‘Top News Highlight’ penonton akan disajikan dengan berita terkini dari laman sesawang Gempak.com yang dirapkan oleh Bammir.

Lebih panas, apabila bintang Dansa Dan Sing, Waris, bertindak memukul wartawan yang menemuramahnya ketika sidang media program tersebut berlangsung! Fuhhh! Apa yang buat Waris ‘naik hantu’?

Semuanya akan terjawab dalam Gempak TV malam ini!

Banyak lagi yang menarik akan disajikan kepada anda menerusi Gempak TV bersama artis dan selebriti undangan popular serta gelagat mereka dalam segmen ‘Chemistry Check’!

Dan…macam-macam lagi laaaah! So, jangan lupa tengok Gempak TV setiap Rabu ya!