Anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuatkan netizen terhibur apabila berkongsi tipnya mengulang kaji pelajaran.

Menerusi akaun Instagramnya, @cikb_havoc66, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14 tahun, bertanyakan soalan 'ask me a question' kepada pengikutnya.

Seorang pengikut kemudian bertanya, “Cik B selalu study waktu bila?”

Dengan jawapan penuh selamba, Cik B menjawab “waktu Cik B tergerak hati nak study.”



Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan santai Cik B sehingga ada yang menjadikannya idola.

Netizen berkongsi jawapan Cik B di Twitter dah sehingga kini telah mendapat hampir 35,000 retweet.Cik B dan adiknya, Kacak bersama Datuk Seri Vida sendiri sering mendapat perhatian netizen kerana aksi dan gelagat mereka.