Hiburan
Cik B Semakin Popular, Kacak Mula Rasa Tersisih? - “Ye La Kacak Nobody, Jadi Tunggul Kayu & Habiskan Duit”
"Mama sayang semua anak mama," demikian kata-kata usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida mengulas mengenai perbandingan kasih sayang kedua-dua permata hatinya, Cik B dan Kacak.
Cerita Vida, anak bongsunya, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zacquan, 13, seakan-akan merajuk dan memberi bayangan sering menyusahkan ibunya.
"Kasihan, dia rasa dia bukan siapa-siapa. Habiskan duit mama jer. Mama selalu cakap Cik B jer anak mama yang hebat. Kacak?
"Cik B dah boleh cari duit sendiri," kongsi Vida lagi.
Malah, Vida turut memuat naik perbualan Kacak bersamanya di Instagram.
"Ye la sebab Kacak nobody, menjadi tunggul kayu dan menghabiskan duit," luah Kacak.
Perkongsian Vida itu mendapat reaksi netizen yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Kacak.
"Sekarang dia nobody, akan datang dia pasti somebody," kata Achey.
"Masa belum tiba, tunggulah satu hari nanti," tulis Salina Saibi.
"La la la, kasihannya. Belajar pandai-pandai lor," nasihat Michael Ang.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!