Hiburan

Cik Epal Failkan Tuntutan Hak Jagaan Anak, Jofliam Akan Cerita Sebenar Dalam Mahkamah

gempak
Asyraf Roslan
30/10/2024
11:25 MYT
Sponsor Banner
Cik Epal Failkan Tuntutan Hak Jagaan Anak, Jofliam Akan Cerita Sebenar Dalam Mahkamah
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengumumkan telah memfailkan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Dalam hantaran di Instagram Cik Epal memaklumkan dia sudah memfailkan tuntutan itu pada Selasa.
“Aku telah failkan hadhanah untuk Han dan Yuki semalam.
“Doakan aku menang tau,” kata Cik Epal ringkas di Instagram pada Rabu.
Sementara itu, bekas suami Cik Epal, Jofliam pula menyatakan dia akan menceritakan perkara sebenar di mahkamah semasa proses menuntut hak penjagaan anak.
“Cerita yang sebenar akan saya ceritakan semasa hari menuntut hak penjagaan anak-anak saya.
“Pada pendapat saya, keputusan hak penjagaan anak-anak inilah yang akan menentukan cerita sebenar,” kata Jofliam.
Pada masa sama, Jo juga menyatakan sepanjang perkahwinannya bersama Cik Epal tiada sebarang isu orang ketiga dan curang yang berlaku.
“Sepanjang perkahwinan saya tidak pernah berlaku curang, isu orang ketiga dan punca penceraian taklik saya berlaku kerana disebabkan sikap dan perangai bekas isteri saya,” jelas Jofliam.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024