Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”

Mya Amri
17/10/2024 04:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal memohon maaf berkaitan dengan isu menjaga iddah seperti yang ditegur oleh bekas suaminya, Jofliam sebelum ini.

Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata dia akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik selepas ini.

“Isu menjaga maruah dalam tempoh iddah tu aku minta maaf. Aku akan perbaiki kelemahan aku.

“Siapa je kahwin nak bercerai, jadi benda-benda dalam iddah ni benda yang pertama kali aku lalui.

“Itu silap aku. Terlepas pandang. Aku mintak maaf bagi contoh yang tidak baik,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-ratanya memuji tindakan Cik Epal kerana tidak sombong untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan diri.

Sebelum ini, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memberi teguran agar dia menjaga maruah diri tatkala berada dalam tempoh iddah.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

#cerai #Keluarga #Cik Epal #Jolfiam
;