VIRAL
Cik Epal Respons Isu Video ‘Seluar Dalam’ Bersepah Yang Tular: “Tak Pernah Pulak Aku Letak Pad Terbalik”
Kontroversi mengenai pempengaruh Cik Epal dan usahawan Jofliam masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.
Terbaharu, selepas kecoh mengenai isu Cik Epal meminta Jofliam memulangkan barangan di rumahnya, tular sepotong video memaparkan Jofliam mengutip beberapa seluar dalam di sebuah bilik yang didakwa milik Cik Epal.
Bukan itu sahaja, menerusi video tersebut juga dapat dilihat seluar dalam yang dilekatkan lampin wanita, didakwa milik Cik Epal.
“Ni saya pack sekali, ambil isnin ni sekali,” tulis Jofliam menerusi hantaran di Instagram Story.
Bagaimananpun, menjengah ke ruangan Thread, ramai pula pengguna yang mendakwa rakaman video yang dilakukan oleh Jofliam itu didakwa palsu dan hanya dibuat semata-mata untuk memburukkan reputasi bekas isterinya.
Harini hangat ya kisah pad. Macam tak logic pad bersih & tak renyuk. Kalau betul pun patut ke kau buat mcm tu? Aku pernah cerai dengan laki aku. Laki aku pernah tolong uruskan aku masa aku gugur luar rahim sampai kena buang fallopian tube, memang kena pakai pad dalam 2-3minggu. Dia yg tolong mandikan aku tukarkan pad semua. Ni yang berdarah punya tau. Takpernah dia ungkit benda tu. Semoga dijauhkan dari laki yang jahat.
“Tak skrg ni i nak tanya, baju ce pilihan sendiri cantik. Tapi kenapa spender tu buruk? Macam spender beli dkt lotus. I tak yakin tu spender Cik Epal.
“Tak masalahnya, boleh pulak dia hidup dgn rumah penuh spender bertaburan dan berkeliaran mcm tu ye. hurmmmm. Rasanya rumah tu dah lama CE keluar,” komen beberapa netizen.
Sementara itu, tuan badan, Cik Epal turut sempat memberi respons mengenai video ‘seluar dalam’ tersebut.
Dengan bersahaja, Cik Epal menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa barangan dalam video berkenaan bukan miliknya.

“Tak pernah pulak aku pakai pad baru letak terbalik macam tu?. Selalu aku buang je dalam tong sampah. Come on. Haha
“Record video tu pon time aku dah keluar dari rumah tu. So pad siapa tewwww? Entah pad siapa kena fitnah,” ujarnya.
Must-Watch Video