VIRAL

Cik Epal ‘Video Call’ Dengan Anak, Bukti Han & Yuki Tak Alami Trauma Seperti Didakwa Jofliam - “Yang Kau Bagi Betina Hamak Punya…”

Asyikin Mayudin 01/03/2025 | 07:55 MYT

Kemelut antara usahawan dan pempengaruh Cik Epal dengan bekas suaminya, Jofliam melibatkan anak-anak mereka masih belum temui jalan penyelesaian.

Tak trauma

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Cik Epal berkata anak-anaknya iaitu Han dan Yuki tidak kelihatan trauma dengan datuk serta neneknya seperti yang didakwa Jofliam.

“Buat 163cm. Kau jangan sembang kata aku, atok atau nekma Han & Yuki (parents aku) buat Han & Yuki trauma. Bila aku video call depa (mereka), helok saja Han & Yuki berborak dengan aku dan family aku.

“Celah testis mana yang depa trauma? Kalau aku suruh parents aku jaga Han & Yuki pun (bila aku busy), depa memang atok dan nenek kandung yang sah,” kongsinya.

Pisahkan anak

Pada perkongsian yang sama, Cik Epal turut mempersoalkan tindakan Jofliam yang membenarkan ibu kepada Dewi atau Emira Delyati Dewi menjaga Han dan Yuki.

“Yang kau bagi betina hamak punya mak jaga Han & Yuki boleh pula? Itu lagilah tak ada kaitan dengan Han & Yuki.

“Kau nak pisahkan aku dengan depa tapi sampai kiamat pun kau tak boleh ubah fakta yang aku ibu kandung Han & Yuki. Bijak tak ni? Otak dah tersentil celah testis ke?” ujarnya.

undefined
#Dewi #Jofliam #Cik Epal #Anak Cik Epal #Han Yuki #Ibu Dewi