Laman Utama

Cik Piah Sambut Cahaya Mata Lelaki Ketiga Secara Normal

gempak
Azwa Rahman
12/02/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Cik Piah Sambut Cahaya Mata Lelaki Ketiga Secara Normal
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu.
Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menyambut cahaya mata dengan berat 3.38kg secara normal di Andorra Women & Hospital ditemani suaminya, Nurashid Wahad.
Menurut Cik Piah, 32, dia bersyukur proses bersalin kali Ini dipermudahkan dan akan berkongsi nama serta foto anak lelakinya tidak lama lagi.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat lagi sorang anak lelaki. Insha Allah nama dan wajah baby kali ni saya akan kongsikan dalam masa terdekat.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ye,” jelasnya menerusi kenyataan yang dihantar kepada Gempak.
Sekadar info, Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan Nurashid pada 6 Mei 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024