Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Cikgu Ery Meninggal Dunia

Muhammad Firdaus
29/11/2023 07:30 MYT
Mohd Khariri Mohamad Ramli, 46, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ery dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung. 
 
Pemergian guru yang pernah viral di media sosial satu ketika dulu disahkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi Klang, Selangor, Adlin Amir Hamzah. 

BERITA TRENDING: MP Pembangkang Cadang LGBT Dikategorikan Masalah Mental
 

Menurut Adlin, Cikgu Ery meninggal dunia ketika melakukan aktiviti senaman di Telok Panglima Garang di Kuala Langat.
 
“Paramedik ambulan sudah sahkan kematian,

“Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Keluarga arwah sudah dihubungi. Sekian. Berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan.

"Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan Cikgu Ery,” tulis Adlin.

Arwah juga merupakan seorang guru sesi petang dan mengajar subjek Bahasa Melayu di SK Bukit Tinggi. 

Terdahulu, Cikgu Ery sebelum ini pernah tular berkaitan penghijrahannya daripada bergelar sebagai seorang ‘mak nyah’ kepada lelaki sejati. 

Sumber: Harian Metro 
#Viral #Meninggal #Cikgu Ery