"Cikgu Handsome Macam Ni.. Si Ibu Pun Nak Masuk Sekolah Balik" - Jadi Cikgu Kacak, Peminat Puji Ketampanan Alvin Chong

Kamaruddin Razal
Januari 14, 2020 12:54 MYT
Pelakon Alvin Chong kini tampil dengan karakter baru dalam drama bersiri Tolong Sempurnakan Cerita Mami (TSCM) yang kini bersiaran di slot Megadrama.
Drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman itu memaparkan Alvin membawakan watak Cikgu Harez.
Berkongsi sedutan episod TSCM di laman sosial Instagram miliknya, Alvin mendapat pujian dari peminat disebabkan ketampanan wajahnya.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang menghiasi slot Megadrama terbitan Dear Creative Media.
Merupakan adaptasi novel judul sama karya Syamnuriezmil, drama bersiri ini menampilkan lakonan Fatimah Noryyah, Datuk Fizz Fairuz, Isyariana, Alvin Chong, Nasz Sally, Azizah Mahzan, Kartina Aziz dan ramai lagi.
Mula ditayangkan pada 13 Januari 2020, saksikan Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Alvin Chong #Tolong Sempurnakan Cerita Mami