“Cikgu Kan Dah Ada Boyfriend”- Tasha Manshahar Terkejut Ditanya Budak Darjah 1

Syafiqah Jalal
Januari 4, 2018 01:17 MYT
Penyanyi yang juga seorang guru, Tasha Manshahar terkejut apabila didatangi pelajar darjah 1 yang bertanyakan mengenai hal peribadinya.
Tasha Manshahar menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video pelajar tersebut yang dengan segan silu bertanyakan adakah penyanyi itu sudah berpunya.
Tasha bagaimanapun dengan tenang melayan kerenah pelajarnya dan mengaanggp mereka masih kecil untuk bercakap soal cinta.
Selain itu, menerusi entri terbaharunya, Tasha turut memuat naik video ketika dia sedang mengajar di sebuah kelas darjah 1.
Menurutnya agak mencabar mengajar pelajar darjah 1 daripada pelajar sekolah rendah yang lain kerana ia lebih memenatkan.
Tasha memberitahu bukan mudah mengajar mereka yang baru memasuki sekolah rendah tahun pertama dan dia berbangga dengan guru-guru yang berjaya melaluinya.
Walau bagaimanapun, dia akui sebagai guru pasti ada cabarannya dalam hendak mendidik tidak kira pelajar tahun berapa sekalipun.
Berikut merupakan luahannya di hari pertama persekolahan tahun 2018:
Foto/video : Instagram Tasha Manshahar
#Penyanyi #Tasha Manshahar #Penyanyi #Cikgu #Guru