Cikgu Zack Kirana Bakal Selesai Kes Fitnah: “Mahu Meraikan Guru Antara Guru”
Maliah Surip
27/02/2024 04:50 MYT
27/02/2024 04:50 MYT
Guru dan pempengaruh terkenal, Cikgu Zack Kirana menyatakan kes fitnah yang melanda dirinya beberapa minggu lalu bakal diselesaikan dengan cara baik.
“Peguam mahu saya selesaikan (kes fitnah) dengan cara yang baik walaupun dalam keadaan individu yang kedua tidak begitu memuaskan hati saya tapi mungkin ada perkara yang perlu saya pertimbangkan kerana kami guru sesama guru mahu meraikan dunia pendidikan,” kata Cikgu Zack sewaktu ditemui pada anugerah Gempak Most Wanted 2023 yang berlangsung di PICC, Putrajaya hujung minggu lalu.
Zack Kirana atau nama sebenar Saliza Ibrahim juga memberitahu akan mengumumkan langkah yang bakal dilakukan dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu berkaitan.
“Dalam masa terdekat saya akan umumkan apa nasihat peguam dan apa yang akan dilakukan akan memberikan kesan baik kepada dunia pendidikan.
“Tidak kisah kita guru sekolah ke guru tuisyen asalkan beri ilmu yang bermanfaat inilah yang kita perjuangkan,” katanya.
Pempengaruh berusia 37 tahun yang cukup terkenal dengan perkongsian mengenai mata pelajaran bahasa Melayu itu sebelum ini difitnah seorang guru wanita sebagai memberikan ajaran yang salah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain menyamakan dengan Ayah Pin menerusi hantaran di Facebook.
Susulan itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh, Selangor pada 1 Februari lalu.
BERITA TRENDING: Cikgu Zack Kirana Berang Difitnah, Tuntut Permohonan Maaf – "Sekiranya Tiada Permohonan Maaf Selama Tempoh Tiga…
Iktikad baik itu diambil selepas mendapat nasihat daripada peguam selain sebagai guru yang mahu meraikan di antara mereka demi dunia pendidikan.“Peguam mahu saya selesaikan (kes fitnah) dengan cara yang baik walaupun dalam keadaan individu yang kedua tidak begitu memuaskan hati saya tapi mungkin ada perkara yang perlu saya pertimbangkan kerana kami guru sesama guru mahu meraikan dunia pendidikan,” kata Cikgu Zack sewaktu ditemui pada anugerah Gempak Most Wanted 2023 yang berlangsung di PICC, Putrajaya hujung minggu lalu.