Cina Buta Trending Lagi! Penonton Puas Hati Dengan Lakonan Barisan Pelakon; “Jalan Cerita, Editing, Skrip Perfect!”
09/01/2023 15:00 MYT
Drama Cina Buta yang sedang ditayangkan menerusi slot MegaDrama Astro Ria terus menjadi sebutan dan mendapat respons positif daripada penonton.
Selain jalan cerita yang menarik, penonton turut memuji lakonan hebat barisan pelakon yang membintangi drama tersebut.
Malah, pujian turut diberikan kepada Shahrulezad selaku pengarah dan penulis skrip Cina Buta.
“Nad Zainal, Ungku Ismail, Noreen, Aliff Aziz memang pelakon yang hebat! Aku sumpah layan Cina Buta. Dan juga jalan cerita, editing, skrip semua la perfect!” kongsi seorang penonton menerusi ciapan di Twitter.
Sementara itu, menurut Shahrulezad atau mesra di sapa Budak Ijat, dia akui berpuas hati dengan hasil lakonan barisan pelakon.
Malah daripada penulisan skrip pula, Budak Ijat menjelaskan ia sengaja memilih skrip yang lebih santai agar dapat dikaitkan dengan keadaan sebenar penduduk di ibu kota.
“Pelakon memang berjaya menyampaikan dengan bagus dan saya sangat-sangat berpuas hati dengan performance pelakon-pelakon saya.
“Skrip sebegitu pula memang saya sudah plan, saya try relatable dengan segmen penduduk Kuala Lumpur.
“Kedengaran janggal untuk orang luar tetapi untuk di KL dan industri entertainment, bahasa-bahasa itu memang kebiasaan. Bukan kata saya memperkenalkan tetapi nak bagitahu ini yang dipraktikkan, bahasa santai,” ujarnya kepada Gempak.
Saksikan Cina Buta yang kini disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 19 Disember 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.