“Cincin Tu Bukanlah Cincin Emas Tapi Cincin Tu…”-Nonny Nadirah

Syafiqah Jalal
Jun 29, 2020 04:18 MYT

Pelakon Nonny Nadirah akui dia pernah kehilangan cincin yang sangat berharga dalam hidupnya.

Meskipun nilai cincin itu tiada nilai dengan mata wang, namun Nonny memberitahu cincin pemberian dari seorang sahabat itu amat bermakna buatnya.

“Tak habis lagi kisah cincin ni.

“Dah separuh jalan baru sedar then patah balik pergi tanya dengan tuan tu,”Tuan cincin saya.” sambil menggosok jari manis saya dengan keras manja di dalam kerisauan tahap bezita.

“cincin tu bukanlah cincin emas tapi cincin tuu... “

“Dengan tidak melengahkan masa lagi semua yang ada di situ mula membantu Ciknons (Nonny) di dalam misi mencari cincin Ciknons yang hilang,” ceritanya.

Nonny menceritakan pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video sewaktu mencari cincinnya yang hilang di sebuah lapangan terbang.

Pun begitu, Nonny bersyukur kerana ia ditemui kembali.

“Alhamdulillah tak lama jumpa balik. Kalau tak jumpa Ciknons dah reda tapi nangis jugaklah.

Ini pemberian dari sahabat saya.

“Ingat. Semua benda kat dunia ni tak kekal. Semua ada expiry date semua akan hilang,

Yang kekal hanyalah diri kita dengan Allah.

“Ajar diri buat semua benda kerana Allah s.w.t. Awak bila pula nak sarung cincin kat saya? accaaiitt!!”katanya lagi.

Nonny kini kembali single selepas bercerai dengan suaminya, Mustain Adnan awal tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018.

#Cincin #Nonny Nadhirah #Hilang