Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cincin Yang Mira Filzah Beli Dulu Bentuk Hati, Tapi Yang Ini Belah Rotan…Mira Filzah Sudah Dirisik?

Miss K
05/02/2020 03:36 MYT
Hai semua…Dah lama rasanya Miss K tak bersiaran! Tapi hari ini Miss K munculkan diri selepas terbaca mengenai aktres cantik Mira Filzah dan sebentuk cincin belah rotan di jari manis.

Ehem-ehem…ada apa-apa makna ke cincin tu? Jangan cakap itu cincin yang Mira beli sendiri dulu ya…

Sebab Miss K masih ingat bentuk cincin yang Mira beli dulu. Cincin tu berbentuk hati…Haa…

*Cincin bentuk hati yang dibeli Mira*

Tapi, boleh jadi juga Mira beli lagi sebentuk cincin kan? Maklumlah orang perempuan dengan barang kemas ni memang tak dapat dipisahkan.

Oh by the way, menerusi sebuah blog hiburan yang Miss K baca mereka mengaitkan cincin di jari Mira tu dengan posting di laman Facebook ibu Emir.

Kepada yang lupa, Emir inilah jejaka yang sedang berkawan rapat dengan Mira sekarang. Mira pun baru-baru ini pun mengaku sedang mengenali hati budi seorang lelaki.

*Cincin belah rotan yang menjadi tanda tanya...*

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar ini merupakan seorang arkitek. Handsome! Dan…ada architect firm sendiri tau!

See…bukan biasa-biasa kan…Emir juga kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Ok…Baru-baru ini Datin Mastura menerusi sebuah entri di Facebook telah menulis kapsyen mengenai anak bujangnya yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupan.



Wahhh…fasa apa tu YB? Betul ke Emir dah pergi merisik Mira? Kalau betul, tahniah kepada Emir dan Mira.

Apa salahnya…dua-dua masih single…Lagipun rasanya dah tak perlu nak kenal lama-lama sebab Mira dan Emir pun memang dah berkawan sejak zaman belajar lagi kan?

Yang penting…sekarang ni Miss K teruja nak dengar penjelasan daripada Mira tau Emir sendiri…Heheheh…

Miss K: Ada dengar fasal pasangan pelakon dah menikah diam-diam...Ooops!
#Miss K #Gossip #Mira Filzah #Miss K
;