Cinta Baru Je Berputik, Dah Ada Yang Sabotaj! Berjayakah Hubungan Danny & Serena? Nantikan Malam Ini Di Gossip Girl Indonesia!
21/02/2022 05:26 MYT
Episod dua Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan Isnin lalu meninggalkan 1,001 persoalan khususnya mengenai hubungan antara Danny dan Serena.
Bermula dengan kisah percintaan yang berputik ‘mekar’, hubungan kedua-dua mereka kemudian goyah ketika Danny menghadiri sebuah majlis mewah.
Semuanya gara-gara ‘fitnah’ yang dicetuskan oleh Blair dengan sengaja.
Akibatnya, Danny terus meninggalkan Serena dengan menyatakan hubungan istimewa itu tidak pernah berlaku.
Perkara itu sekali gus meninggalkan impak cukup berat buat Serena yang dilihat telah ‘menyulam’ cinta dengan kejujuran Danny.
Biarpun kehidupannya tidak mewah seperti rakan lain, namun keikhlasan Danny membuatkan Serena membuka ruang pintu hatinya untuk kembali bercinta.
Persoalannya, adakah hubungan Danny dan Serena akan berjaya dengan apa yang terjadi pada episod minggu lalu?
Semuanya bakal terjawab menerusi episod tiga yang ditayangkan malam ini.
Buat #TeamDanny dan #TeamSerena, jangan lupa saksikan episod penting malam ini secara On Demand serta Astro Citra, saluran 108, jam 9 malam.
Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.