Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Cinta Berputik Di Set ‘Kiah Pekasam’, Che Ta & Zain Saidin Imbau Detik Perkenalan

Syafiqah Jalal 06/05/2020 | 22:00 MYT
Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin akui cinta mereka berputik ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Kiah Pekasam suatu ketika dulu.
Menurut Rozita Che Wan atau Che Ta, di set itu mereka mula berkenalan.
“Sebenarnya di set Kiah Pekasam lah kami berjumpa dan berkenalan,” katanya.
Che Ta dan Zain mengimbau detik perkenalan serta percintaan mereka di program reality The House musim ketiga (The House 3) episod 6.
The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.
Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
;