Hiburan

Cinta Laura Kiehl Pilih Bahasa Inggeris Untuk Sasar Pasaran Antarabangsa

gempak
Asraf Aided
20/11/2019
23:30 MYT
Sponsor Banner
Cinta Laura Kiehl Pilih Bahasa Inggeris Untuk Sasar Pasaran Antarabangsa
Penyanyi Indonesia, Cinta Laura Kiehl kini memilih Bahasa Inggeris dalam lagu-lagu terbarunya untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Menurut Cinta, dia tidak mahu lagunya sekadar terjual di Indonesia, dia juga berasa lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris dalam kerjayanya.
"Sebab utama saya memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam kerjaya saya kerana saya mahu lagu-lagu saya menembusi pasaran antarabangsa.
"Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa antarabangsa dan apa yang penting saya telah membesar dengan bahasa ini.
"Ya benar saya boleh bertutur dalam Bahasa Indonesia, tapi saya berfikir, mimpi, menulis, semuanya dalam Bahasa Inggeris," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Cinta, Bahasa Inggeris juga mampu mempamerkan personaliti dirinya yang sebenar.
"Selain itu, ia juga merupakan satu cara saya menunjukkan personaliti sebenar diri saya dalam industri hiburan, saya berasa lebih selesa bertutur dalam bahasa utama saya ini," tambahnya.
Cinta kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Vida yang berkisar tentang mesej menambah keyakinan serta kekuatan diri.
Vida telah diedarkan secara rasmi oleh Sony Music Entertainment Indonesia.
Ia telah ditayangkan di laman YouTube dan telah mencecah tontonan melebihi 2 juta selepas empat bulan ditayangkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live