“Cinta Sampai Syurga” - Gambar Mira Filzah, Syafie Naswip, Sweet Qismina Viral! Cabaran #Beforespmafterspm Trending!
Jika sebelum ini cabaran #Beforespmafterspm trending dalam kalangan pelakon drama Projek: Anchor SPM, namun ia kini mula disertai oleh selebriti tempatan lain.
Antara yang kelihatan adalah pelakon Syafie Naswip, Sweet Qismina dan Sharifah Amani.
Ketiga-tiga mereka memuat naik gambar ketika menjadi pelajar sekolah di Instagram.
Walaubagaimanapun, Sharifah Amani hanya berkongsi kisah zaman sekolah memandangkan usahanya untuk mencari gambar lama gagal.
“Seperti yang dijangka kan, saya tak dapat cari mana-mana gambar masa sekolah, SPM.
“Zaman sis, kamera telefon belum hebat lagi. So saya kongsikan kisah pendidikan saya ketika SPM,” katanya.
Selain itu, seorang lagi selebriti turut mencuri tumpuan adalah gambar Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar.
Biarpun bukan dimuat naik oleh akaun rasmi Mira, namun gambar berkenaan viral di media sosial.
Apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah gambar Mira ketika zaman sekolah diletakkan bersebelahan suaminya, juga ketika di sekolah.
“Sweet couple”
“Cinta sampai syurga”
“Comel seiras,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Buat anda yang mahu melihat banyak lagi kisah zaman sekolah terutama ketika peperiksaan SPM, anda boleh layan drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM.
Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Projek: Anchor SPM ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.