Berita
Cinta Saya Terhadap Bidang Kewartawanan Tidak Pernah Luntur - Azrinaz Mazhar Hakim
Selepas lama menyepikan diri dari dunia penyiaran, bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim mengakui cintanya terhadap bidang kewartawanan tidak pernah luntur.
Menurut Azrinaz, dia bakal kembali menempatkan nama dalam bidang kewartawanan kerana minatnya yang mendalam terhadap penulisan.
"Saya akan kembali semula untuk menulis sebagai kolumnis dalam sebuah akhbar tempatan dalam masa terdekat ini.
"Cinta saya terhadap bidang kewartawanan dan penulisan tidak pernah luntur jadi mengapa tidak saya berkongsi pandangan dan ilmu penulisan saya dalam surat khabar.
"Seperti anda (wartawan) semua, saya juga mempunyai minat menulis dan sudah lama tidak melakukannya kerana kekangan masa.
"Sebelum ini saya tidak mampu memberikan komitmen kerana selalu berada di luar negara dan sekarang saya sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali," katanya kepada Astro Gempak.
Azrinaz ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.
Tambah Azrinaz, dia juga ada menerima tawaran daripada beberapa stesen televisyen sebagai pengacara namun belum membuat keputusan terhadap tawaran tersebut.
"Saya belum memberi kata putus untuk menerima tawaran yang diberikan itu kerana perlu melihat terlibat dahulu samada ia bersesuaian dengan karakter dan gaya pengacaraan saya," katanya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video