Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

Awani
11/11/2024 18:55 MYT
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek, lelaki berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa berusia 30 tahun.

“Suspek mengenali mangsa sejak 2023 dan menaruh perasaan terhadap mangsa, bagaimanapun mangsa tidak berminat dengan suspek.

“Berang dengan penolakan tersebut, suspek dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluaga mangsa di kediaman mereka sebelum kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada suspek positif dadah, Swee Sake berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian darah.

Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Dalam kejadian tengah hari Khamis, Siti Zulaila dan bapanya Zulkifli Ibrahim maut ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipangsapuri berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja ditikam suspek yang kemudian turut menikam bapa mangsa yang cuba meleraikan pertengkaran antara mereka.

Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut.

Suspek direman selama tujuh hari hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumilan bersama dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong selepas solat Isyak kira- kira jam 10 malam Jumaat lepas.

Sumber: Awani

#Anak #Cinta #Maut #Tak #Tikam #Dibunuh #berbalas
;