Hiburan
"Cinta Tu Kalau Tiba-Tiba Datang Esok Pun Boleh Kahwin" - Wany Hasrita Bagi Hint Ke Tu?
Penyanyi Wany Hasrita menegaskan kini perlu mengutamakan komitmen kerjaya dan keluarganya berbanding kisah cinta.
Jelas Wany, 25, meledani kisah selebriti lain yang berkahwin pada usia muda dan gagal untuk menempatkan diri di tangga populariti, penyanyi lagu Rintihan Rindu itu tidak tergopoh-gapah.
"Cinta itu kalau tiba-tiba datang esok pun boleh kahwin.
"Tapi, buat masa sekarang saya ada komitmen dengan ibu saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya.
"Bagi saya ketika masih ada nama, lebih baik utamakan kerjaya.
"Ramai antara artis terdahulu yang tersalah jalan, berkahwin pada usia muda namun nak naik balik susah," katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Bridal 2019 di Eatropica, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya tentang majlis perkahwinan idamannya, dedah Wany dia mengimpikan suasana tradisional dalam suntikan moden.
"Saya suka elemen songket dalam sesebuah majlis persandingan. Jadi saya pilih elemen tradisional kontemporari.
"Yang pasti akan ada cak lempong dan gamelan pada hari bahagia saya nanti," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal melancarkan dua single terbaharu berjudul Noktah Rindu dan Aku Serius (duet bersama Tajul).
Foto: IG, Pesona Pengantin
Must-Watch Video