Macam-macam cerita dikongsi selebriti di media sosial termasuk produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman yang tampil dengan kisah pokok mangga bersama suaminya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah dia turut memuat naik 'screen shot' perbualannya dengan suami menerusi aplikasi WhatsApp.

Produser filem ... Dalam Botol dan juga pengarah Enjin No.9 ini menyatakan dia menebang dahan tinggi pada pokok mangga di kawasan rumahnya.

Rupanya, dia mahu memberitahu suaminya iaitu Eddie mengenai perkara tersebut.

Di sebalik cerita pokok mangga itu, apa yang membuatkan netizen terhibur dengan perbualan suami isteri itu adalah ketika Eddie menyatakan dia mahu membakar sampah sehingga keluar asap tebal.

Raja Azmi pula menyambut ayat suami itu sambil meluahkan perasaan cintanya pada lelaki itu.

"Cinta you pada I pun tebal," katanya.

Topik whatsapp berpunca dari kisah pokok mangga kat laman rumah yg dah lebih 5 tahun tak berbuah. Akhirnya I tebang semua dahan2 tinggi yg berdaun pd pokok itu, sampai togel? Lepas dua minggu, baru pagi tadi orang lori datang ambik dahan2 kering. Heehee.. itu pun nak cerita ke. Cerita ler?

A post shared by Raja Azmi (KakMi) (@rajaazmi) on


Netizen turut memberi komen pada status Raja Azmi itu sambil mengatakan pasangan itu cukup romantis antara satu sama lain.

"Terasa mcm waktu betcinta.. wahdu kak mia this ws..walaupun mcm takada apa2 but so sweet," kata netizen @zaitoonche.

Begitu juga netizen @norlizamohdnadzir menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang penuh kasih sayang dan mendoakan agar jodoh mereka sampai ke syurga.

"comel kak mi ngan abg eddie...," kata netizen @cikyat.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rajaazmi