Penyanyi yang sering mencipta lagu runut bunyi, Ippo Hafiz merujuk sinopsis sesebuah naskah sebelum menyiapkan lagu lengkap.

Sering mencipta lagu runut bunyi drama bersiri, khidmat Ippo kini digunakan untuk mencipta lagu runut bunyi bagi filem Kimchi Untuk Awak yang bakal muncul pada 30 Mac ini.

"Penting untuk saya memahami penceritaan sesebuah naskah sebelum saya mencipta lagu runut bunyi. Saya mahu lagu yang diciptakan tepat dengan apa yang terjadi dalam filem atau drama.


"Sebelum ini, saya ada melawat beberapa set penggambaran sebelum mencipta lagu tema untuk drama bersiri . Jika tidak berkesempatan, saya merujuk kepada sinopsis dan bertanya kepada penerbit serta pengarah untuk mengetahui jalan cerita," kata Ippo kepada Astro Gempak.

Menerusi lagu tema filem Kimchi Untuk Awak, Ippo turut merujuk novel karya Suri Ryana untuk mendapatkan ilham.

"Menerusi lagu Dia Untukku, saya memberikan suntikan berbeza kerana saya bekerjasama dengan dua orang komposer yang berbakat, Rudy Nastia dan Leo Azman.

"Saya berharap agar lagu ini dapat diterima semua pihak, lebih-lebih lagi mereka yang menonton Kimchi Untuk Awak," katanya ketika ditemui di Karnival Throwbaek Drama di Nu Sentral pada Khamis.

Hadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greet bersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#GempakLive : Memang syahdu sangat dapat dengar @ippohafiz menyanyi secara live di #KarnivalThrowbaekDrama ! Memang terbaik la!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on