Cipta Sejarah... Azharina Nyanyi, Buat PC Konsert Atas Ketinggian 38,000 Kaki Dari Aras Laut
Kamaruddin Razal
23/06/2019 02:59 MYT
23/06/2019 02:59 MYT
Penyanyi Azharina Azhar mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama dipilih untuk mengadakan sidang media serta membuat persembahan dalam penerbangan AirAsia semalam.
Di atas ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, sidang media sempena konsert "Azharina: Queen of Soul" itu dibuat dalam penerbangan AK5106 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam sebuah kenyataan media, sesi yang berlangsung selama 20 minit itu menyaksikan Azharina menyampaikan dua lagu iaitu Elegi Sepi dan lagu What's Up dendangan asal 4 Non Blondes.
Persembahan nyanyian secara akustik itu diiringi oleh adik kepada penyanyi Ella, Korie Aminuddin.
Dalam pada itu, konsert "Azharina: Queen of Soul" akan diadakan pada 29 Jun ini di Teater Shah Alam.
Konsert yang bakal mengambil masa selama dua jam itu bakal menyaksikan Azharina menyampaikan lagu popularnya seperti Elegi Sepi, Rawan, Seandainya, Tsunami Kasih, Cinta Terbagi Dua, lagu-lagu medley serta banyak lagi.
Foto: Mohd Redzuan