Cipta Sendiri Lagu Baharu, Syahmi Irfan Gementar Tunggu Respons Peminat!
Izwan Isa
20/10/2022 10:50 MYT
20/10/2022 10:50 MYT
Setelah hampir dua tahun tidak meluncurkan sebarang single, penyanyi baharu Syahmi Irfan, 21 tahun kini boleh berbangga apabila lagu Lagi-Lagi Sayang dilancarkan secara rasmi pada minggu lalu.
Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri mengakui gementar bercampur teruja menunggu maklum balas daripada peminat terhadap karya terbaharunya, memandangkan lagu berkenaan merupakan karya ciptaannya sendiri.
“Memang pada dasarnya saya amat gementar menantikan maklum balas daripada peminat memandangkan lagu ini dicipta sendiri oleh saya. Namun daripada satu sisi, saya gembira apabila single ini mendapat persetujuan pihak pengurusan untuk dirakamkan.
“Sudah tentu saya gembira dan berharap lagu Lagi-Lagi Sayang akan mendapat sambutan yang baik daripada semua, seterusnya membawa nama Syahmi Irfan untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air,” katanya.
Bagi remaja kelahiran Shah Alam, Selangor itu, dia tidak mahu dikenali sekadar sebagai seorang penyanyi. Sebaliknya, Syhami juga mahu juga dikenali dalam bidang penciptaan lagu.
Meskipun baru berjinak-jinak dalam bidang ini, Syahmi gembira kerana ia mendapat maklum balas positif daripada orang sekeliling.
Sebagai orang baharu dalam industri, Syahmi mahu menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menyerlahkan lagi potensi diri untuk bergelar artis serba boleh.
“Kebanyakan penyanyi baharu yang muncul semuanya datang dengan potensi yang pelbagai dan saya juga perlu ada ‘sesuatu’ untuk lebih dikenali ramai. Sebab itu saya perlu berusaha keras untuk ke hadapan,” katanya yang popular dengan lagu Mungkir sebelum ini.
Bercerita mengenai Lagi-Lagi Sayang pula, Syahmi merakamkan lagu ini pada Mac lalu manakala lirik video pula telah disiapkan tiga bulan selepas itu.
Mendapat sentuhan Rudy Nastia selaku penerbit rakaman, lagu ciptaan Syahmi dan lirik hasil nukilan Syahmi dan SMSM itu berkisahkan tentang sebuah perhubungan yang tidak kesampaian namun pada akhirnya masing-masing perlu bahagia tanpa sengketa.
“Semua orang pernah atau akan melalui alam percintaan. Ada yang kekal, ada juga sebaliknya. Tidak perlu bersedih jika berakhir dengan perpisahan kerana itu merupakan sebuah perjalanan dan pengalaman hidup,” katanya.
Dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu disemua platform digital, lirik video lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.
Lagi-Lagi Sayang merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh Indigital Music.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!