“Ciri-Ciri...Mulut Jangan Puaka”- Cari Pengasuh Anak, Azrinaz Mazharhakim Buka Pada Jobless
Syafiqah Jalal
01/07/2021 09:41 MYT
01/07/2021 09:41 MYT
Bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazharhakim membuka peluang pekerjaan kepada yang sedang mencari sumber pendapatan untuk menjadi pengasuh anak-anaknya.
Azrinaz memberitahu seiring dengan situasi terkesannya pandemik sekarang ini dia memberi peluang sesiapa untuk bekerja dengannya.
“Dengan terkesannya pandemik ini dan mengakibatkan ramai dikalangan kita yang hilang sumber pendapatan. Malah ramai juga kelulusan Universiti masih belum mendapat pekerjaan.
“Disini saya ingin membuka ruang untuk sesiapa yang jobless mengiklan diri anda bagi mana-mana syarikat di luar sana atau majikan yang ingin mencari tenaga kerja.
“Dalam masa yang sama, saya juga mencari pengasuh kanak-kanak/nannie/domestic helper yang boleh menjaga anak-anak saya. Sila sertakan butiran anda di ruangan bawah atau anda boleh DM (mesej peribadi) saya,” katanya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama Azrinaz turut menyenariakn ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pembantu atau pengasuh anaknya.
“Antara ciri-ciri yang saya perlukan: rajin, disiplin, berpengalaman menjaga baby (bonus), berfikiran terbuka, tidak berkira masa, pembersih, BMI normal atau stamina kuat (faham kan?)
dan mulut jangan puaka,” pintanya.
Azrinaz baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 26 Mac lalu. Puteri tersebut diberi nama Atheerah Medina.
Azrinaz mempunya seorang lagi anak hasil perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.