Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Cita Citata Tinggalkan Syarikat Pengurusan Paksa Bekerja Sewaktu Positif COVID-19

Maliah Surip 08/03/2022 | 06:48 MYT

Penyanyi dangdut Cita Citata mengambil keputusan berani apabila meninggalkan syarikat pengurusannya kerana dipaksa bekerja sewaktu dijangkiti COVID-19 baru baru ini.

Cita Citata membuat pendedahan tersebut menerusi kemas kini dalam Instagramnya.
Menurut Cita Citata, dia telah dijangkiti virus tersebut pada 24 Februari lalu dengan mengalami panas badan mencecah angka 38.
Bersamaan dengan dirinya positif COVID-19, dia mempunyai jadual menyanyi yang telah lama dipersetujui di luar Jakarta iaitu pada 26 Februari 2022.
Selain mengatakan mengalami sakit badan yang teruk, dia bimbang akan menularkan penyakit tersebut, Cita Citata membuat keputusan untuk membatalkan persembahannya.
Sayangnya, keputusan tersebut dibantah oleh pihak pengurusan baharunya.
“Pengurusan baharu saya ternyata lebih mementingkan saya wajib meneruskan persembahan walaupun dalam keadaan positif (COVID-19), baru baru ini,” katanya dalam salah satu kemas kini di akaun Instagram.
Cita Citata kemudian menambah: “Boleh bayangkan tidak betapa bahayanya virus ini dan saya mungkin akan menyebarkannya kepada orang lain. Mungkin juga yang terkena itu mempunyai penyakit yang lebih serius,” katanya kesal.
Penyanyi berusia 27 tahun ini juga mengaku sempat menerima ancaman oleh pihak pengurusan.
"Saya diancam duit dikembalikan dan tidak mahu menanggung kos tim yang lainnya. (I don't mind anyway).
"Saya percaya rezeki datang dari mana saja. Tapi, ini nyawa orang loh!" tegasnya.
Lantaran itu, dia tak mengambil masa lama untuk memutuskan untuk keluar dari syarikat pengurusan tersebut.
Pelantun lagu Goyang Dumang itu turut memberikan pesan kepada para pengurus artis.
"Profesional boleh, tapi gunakan akal sihat juga," pesan Cita Citata.

#Penyanyi #Viral #Dangdut #Indonesia #Cita Citata #COVID-19
;