The House 6
Citarasa Dalam Fesyen, Hiasan Rumah & Muzik...Ini Antara 'Hint' Mengenai Bintang The House Musim Keenam
Program realiti kegemaran ramai, The House akan kembali dengan musim keenam tidak lama lagi.
Dalam musim terdahulu, The House telah memaparkan pelbagai kisah daripada adik beradik Maembong hinggalah tiga sekawan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Imann.
Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya tentang siapakah 'bintang' yang akan ditampilkan dalam musim terbaharu ini.
Gempak akan memberi sedikit bayangan tentang salah seorang yang akan ditampilkan dalam The House musim keenam ini.
Antara individu yang akan ditampilkan adalah seorang ibu kepada tiga orang anak yang juga teman rapat kepada 'bintang utama' program ini.
Selain itu, individu ini juga mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen, hiasan rumah dan muzik, beliau juga sangat menghargai nilai-nilai ketimuran yang sentiasa diamalkan.
Adakah anda mempunyai bayangan siapakah individu ini? Stay tune! Pendedahan akan dibuat tidak lama lagi!
Kredit foto : depositphotos.com
Must-Watch Video