“Citra Bukan Autism, Dia Brain Damage Kerana…”- Erma Fatima

Syafiqah Jalal
Januari 25, 2019 07:30 MYT
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima akui kagum dengan semangat anak angkatnya, Citra yang mempunyai masalah kerosakan dalam otaknya.
Menurut Erma, dia sebak melihat Citra yang sentiasa berusaha melakukan apa yang dia mahu meskipun dengan hanya mampu menggunakan satu tangan.
“Setiap kali dia buat sesuatu hanya dengan menggunakan satu tangan..kadang-kadang dengan kaki juga menyebabkan saya sebak.
“Citra bukan autism, dia brain damage kerana separuh brain dia rosak ketika dalam perut emaknya akibat pengambilan ubat.
“Dalam ketidaksempurnaan dia..dia masih berusaha dan tak putus asa.
“Saya upload bukan untuk mendapat simpati..dia happy bila tengok banyak komen kat gambar dia. Dia kata dia banyak kawan baru,” tulisnya.
Erma berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Erma turut memuat naik video Citra yang sedang melakukan kerja seninya.
Rata-rata pengikutnya juga turut bersimpati dengan Citra dan mendoakan agar hidup anak itu dipermudahkan.
Selain Citra, Erma memiliki empat anak angkat lain iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, dan Nurain, 12.
#Anak #Erma Fatima #Anak Angkat #Citra