Selepas tular isu seorang pengasas produk lelaki yang mencium mulut adik angkat lelakinya, ramai yang tampil bersuara mengulas tentang perkara terbabit.

Di media sosial, rata-ratanya kurang bersetuju dan menempelak tindakan itu yang disifatkan sebagai child grooming.

Child grooming membawa istilah sebagai mendidik golongan kanak-kanak untuk melakukan perkara yang haram menjadi kebiasaan.

PU Rahmat Ikhsan menyatakan tindakan mencium mulut antara dua lelaki adalah haram.

"Ramai bertanya hukum cium mulut dalam Islam di antara dua lelaki. Hukumnya haram," ciapnya di Twitter.

Kata Caprice pula, perlakuan mencium mulut atas sejadah adalah tindakan yang salah.

"Ramai netizen kata situasi itu nampak seperti child grooming dan ada akta-akta untuk melindungi mangsa. Ia melawan undang-undang.

"Kalau dia besar nanti dia akan fikir yang cium mulut lelaki ini adalah perkara biasa.

"Tapi apa yang membuatkan saya kurang selesa ia berlaku atas sejadah sambil pegang tasbih. Kalau kita tak boleh bezakan apa yang haram apa yang bagus atas sejadah apa lagi di luar sana," katanya.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Justeru pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memohon orang ramai agar bertindak sekiranya berlaku kejadian sebegini dalam kalangan masyarakat.

"Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.

"Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.

"Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni.

"Perlakuan cium budak lelaki seperti ni takkan berlaku setahun dua ya kawan-kawan.

"Depan kamera buat gini, bangga share dgn org lain. Agak2 di belakang kamera apa yg dia dah buat?

"Saya menyeru kepada sesiapa yang pernah diperlakukan seperti di dalam video oleh lelaki ni atau lebih lagi dari tu untuk tampil ke depan buat report.

"Anda adalah mangsa!" pesannya.

Tular sejak Isnin pengasas produk lelaki yang lengkap berjubah, berkopiah dan memegang tasbih mencium mulut adik angkatnya yang dikatakan normal bagi ahli keluarga mereka.